Bahasa merupakan sistem
komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur yang dinamik,
bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan
untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa
ialah pendekatan makna. Bidang makna
atau semantic, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini,
menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan
sempurna jika tidak ada unsure makna.
Bahasa, menurut R. H.
Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian
yang penting dalam linguistik. Sementara
itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata ‘makna’ memberi arti ‘maksud’
atau ‘arti’. Walau bagaimanapun, kata
makna boleh diberi bermacam-macam pergartian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi
16 pengartian makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan,
dan suata peristiwa yang diharapkan.
Dengan yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali makna
bagi ‘makna’.
Asas kaedah kajian untuk
tajuk di atas telah di buat berdasarkan
dari majalah Dewan Bahasa dan internet.
Matlamat utama kajian ini, adalah
untuk menunjukkan bagaimana, semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari
aspek – aspek separti arti dan rujukan, perkataan dan perubahan makna.
1. Semantik
Kata
“semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos
yang membawa makna ‘penting’ atau ‘berarti’.
Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang
ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat
diteliti dari pelbagai sudut. Demikian
juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek separti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis
makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur
semantik dalam nahu.
2. Perkataan dan Makna
Perkataan,
menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang terkecil yang
mengandung makna. Dalam pada itu, Lyons
dalam bukunya Introduction of Theoretical Linguistics (1968),
berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu ‘tanda’ yang mencakupi dua
bahagian, yakni bentuk dan maknanya.
Misalnya kata ‘dua’, ada bentuknya yang terdiri, iaitu d u a
dan maknanya, ‘jumlah satu campur satu atau 1 + 1’. Manakala, kata ‘beras’, misalnya, ada bentuk
be – ras dan maknanya ‘padi yang sudah dikupas kulit dan sedia
untuk dimasak’.
Ada juga perkataan dalam
bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang banyak, separti kata dalam,
semak, dan rendang. Hal ini
akan terbukti jika dicari makna bagi perkataan – perkataan tersebut dalam
kamus. Selain itu, ada perkataan yang
berkongsi dan bartindan makna dengan kata yang lain. Contohnya, perkataan bercakap
berkongsi dan bartindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak kerana
dalam semua perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan dengan hal
penyuaraan. Demikian juga mawar,
teratai, orkid, semua bartindak makna dengan satu sama lain kerana
memiliki dalamnya makna umum bunga.
Oleh
sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata
dalam bahasa Melayu separti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada
beberapa golongan separti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang
berlawan), hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan
sebagainya.
3. Konteks dan Makna
Dalam
hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting (Leech, Semantics,
1974). Mengikut pengalaman bahasa ada
banyak ketika kita rasa bingung akan makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan
kerana kurangnya maklumat kontekstual.
Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai
dapat dielakkan, walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau
tulisan kita. Misalnya, dalam ujaran,
Kamal! Kambing!, makna yang hendak disampaikan ialah ‘Kamal, tolong halau
kambing – kambing itu’ yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah, atau
tempat, bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.
Konteks
memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna
bagi perkataan dalam satu – satu ujaran atau tulisan. Misalnya, untuk membezakan golongan kata
untuk menentukan makna, separti dalam kata ‘bilas (basuh / cuci)’ sebagai kata
kerja dan ‘bilas (kabur)’ sebagai kata adjektif, konteks amat perlu.
Konteks
juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim.
Umpamanya, untuk membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau
berkurangannya besar kerana tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan
ayat atau ujaran tersebut. Mungkin,
dalam ayat ini ‘Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah’ maknanya
ialah rasa dahaga.
Dalam
hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953),
yang juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan
bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya,
atau dalam konteks penggunaannya.
Demikian juga Ullmann berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat
ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya.
Oleh
itu, makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan
atau ayat dalam ujaran atau tulisan.
Misalnya, ujaran kata ‘cantik’, amat kabur maknanya, kecuali
dinyatakan dalam satu konteks separti diucapkan untuk memberitahu orang lain
akan kecantikan seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk
memberi penghargaan atau pujian terhadap sesuatu perbuatan separti menjaringkan
gol dalam permainan bola sepak. Dalam
kedua–dua situasi tadi, kata ‘cantik’
memang tidaklah sama. Dengan yang
demikian menjadi nyata bahawa perkataan memperlihatkan makna yang berbeza–beza
ketika digunakan dalam pelbagai situasi sosial oleh manusia.
4. Perubahan Makna
Salah
satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam
bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat
dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas kepada bahas, sentiasa mengalami
perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu
lagi diamati oleh pengkaji bahasa.
Menurut mereka, terdapat banyak factor yang merangsangkan
perubahan.
Ullmann
dalam bukunya Semantics: An
Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya memberikan enam
sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa.
Antaranya adalah separti sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial,
sebab-sebab psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu.
Bloomfield dalam bukunya Bahasa
(1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam
bahasa. Menurutnya, makna kata boleh
disempitkan dan diperluaskan. Selain
itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan
ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa.
Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu
sendiri. Ini bermaksud, makna sesuatu
perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan
sosial masyarakat. Misalnya, kata
belayar, pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar, tetapi
kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak menggunakan layar tetapi
menggunakan kuasa tenaga. Atau, contoh
perkataan rawat: Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit,
tetapi makna barunya sekarang meliputi
merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).
Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah
satu anggota badan. Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna ‘menguruskan’,
mengendalikan’, dalam ayat separti ‘Kita perlu berhati-hati ketika menangani
kes ini’. Ada kalanya makna negatif
berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Umpamanya, kini kita sering menemukan ayat
atau ujaran. “Gejala penukaran kod amat
berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu.”
Dalam contoh ini, kata gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan–perubahan separti ini banyak
berlaku dalam bahasa kerana sebab–sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains
dan teknologi juga, banyak kata yang telah mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu
hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang
diperluaskan untuk mencakup makna tambahan separti ‘ kawasan perumahan’,
kawasan perindustrian’ dan ‘kawasan alam semula jadi separti Taman
Kinabalu’. Demikian juga kata datuk,
kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah
sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa–jasa
mereka.
Dalam arus perubahan zaman, banyak
kata mengalami perubahan makna. Kata –
kata yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep – konsep saintifik
merupakan antara kata yang mengalami perubahan makna. Misalnya, kata kebal berubah daripada makna
asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.
Bahasa juga berubah kerana
sebab–sebab sosial. Peredaran masa menyebabkan munculnya bidang–bidang baharu
dalam satu–satu budaya masyarakat bahasa.
Faktor–faktor separti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam
bahasa. Misalnya, ungkapan orang gaji
kini berubah menjadi pembantu rumah, budak pejabat bertukar
menjadi pelayan pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja. Perubahan–perubahan ini berlaku kerana
ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan dengan demikian
perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur negatif.
Selain itu, unsur larangan atau tabu
juga menyebabkan perubahan perkataan.
Umpamanya, tidak sopan kalau dikatakan ‘saya hendak kencing’ di khalayak
ramai, tetapi ungkapan buang air atau ‘ saya hendak ke tandas’. Kini kata tandas pula membawa makna
yang tidak begitu sopan, maka sudah ada ungkapan bilik air yang
digunakan untuk tujuan yang sama, iaitu kencing atau buang air kecil. Ada
juga ungkapan bilik selesa yang digunakan untuk merujuk kepada konsep
tandas. Pilihan perkataan atau ungkapan
seumpama ini, sebenarnya merujuk kepada gejala yang disebut segai eufemisme,
yakni penggunaan bahasa secara halus dan sopan.
Dalam Bahasa Melayu, kata daging
disempitkan makna untuk merujuk kepada ‘daging lembu’ sahaja tetapi bagi
daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam, atau daging arnab. Sedangkan makna dalam kamus adalah ‘isi pada
manusia atau binatang antara kulit dan tulang’ (Kamus Dewan, 1994).
Ada juga makna yang diperluaskan, separti
dalam kata tangan yang menjadi menangani, taman yang merujuk kepada kawasan
perumahan atau kawasan perindustrian separti yang dijelaskan di atas. Untuk menerangkan konsep–konsep baharu yang
timbul akibat perkembangan sains dan teknologi, maka perluasan makna bagi
beberapa banyak perkaaan diperlukan.
5. Kesalahan Semantik dalam Bahasa
Oleh sebab maklumat semantik amat
penting dalam bahasa, maka hal makna dalam ayat harus diberi perhatian oleh
pengguna bahasa. Jika aspek makna tidak
diambil kira dalam binaan atau ujaran ayat, maka ayat–ayat yang diujar atau
dibina akan merupakan ayat yang taksa, atau tidak benar.
Justru itu binaan atau ujaran
ayat–ayat separti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa
Melayu, memandangkan ayat–ayat ini tidak betul dari segi semantik, walaupun
memenuhi aturan nahu. Perhatikan
contoh–contoh yang berikut:
a.
Mereka –
mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini.
b.
Ibu bapa Ali
sudah meninggal dunia petang tadi.
c.
Ibu merasa
kesal dengan perbuatan adik.
d.
Pekerja –
pekerja akan memulakan kerja mereka bila hujan berhenti.
e.
Pak Ismail
berdukun sejak lima
belas tahun lalu.
f.
Ayah
menghantar kawat kepada abang saya di Johor.
g.
Ayah menghadiahkan
saya jam tangan.
Dalam
ayat–ayat di atas, nyata ada kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung
dalam ayat – ayat tersebut. Umpamanya,
mereka–mereka dalam ayat 1 adalah kelewahan semantik, yakni makna yang
berlehihan, yang sebenarnya tidak diperlukan.
Demikian juga dalam ayat 2, tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama
ada ibu kepada bapa Ali atau kedua–dua ibu dan bapanya yang meninggal. Dalam ayat, 6 pula, apakah hapa menghantar
dawai atau berita kepada abang? Mungkin
ayat 7, perlu diperbetul menjadi ‘Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada
saya’ atau ‘Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan’.
Demikinalah
suatu huraian tentang semantik dalam bahasa Melayu dari aspek makna dan
perubahan makna dalam semantik. Separti
yang dinyatakan dalam perbincangan di atas, aspek makna menjadi penting dalam
bahasa, dan jika tidak, bahasa yang digunakan mungkin hanya betul dari segi
nahu tetapi tidak boleh difahami manusia kerana bahasa itu tidak jelas
maknanya, atau kabur, taksa, dan kerana ada pertentangan makna serta ada unsure
kelewahan dan seumpamanya. Sesungguhnya, semantik merupakan suatu bidang kajian
yang cukup menarik dan memberangsangkan jika didekati dan dikaji.